INFO KEMALANGAN 7/1/2026 JALAN KINABALU 1.24 PM

Kemalangan kereta terbabas melanggar pasu bunga di Jalan Kinabalu atas Bulatan Sultan Hishamuddin menghala ke Jalan Maharajalela. Polis Trafik di lokasi. Sebahagian lorong kanan arah Pusat Bandar terhalang.

INFO KEMALANGAN 7/1/2026 11.53 AM JALAN KUCHING

Kemalangan lori dan motosikal di Jalan Kuching berhampiran Taman Wahyu arah Bulatan Batu Caves. 2 lorong kanan terhalang. Polis Trafik dan Ambulans di lokasi. Mangsa disahkan maut di lokasi. Aliran trafik sesak di kedua-dua hala

INFO TRAFIK 7/1/2026 6.32 AM

Selamat pagi dan Salam Perpaduan. Aliran trafik masih terkawal, cuaca baik sekitar Pusat Bandar. Berhati-hati ketika memandu.

INFO KEMALANGAN: 06/01/2026 06.15PM MRR2

Terdapat sebuah kenderaan terbabas dilokasi dari arah Bandar Tasik Selatan menghala ke Billion, lorong tengah terhalang, aliran trafik perlahan dilokasi. Ranger KLC3 01 menghala ke lokasi.