INFO TRAFIK 22.3.2026 7.05 AM

Selamat pagi dan Salam Syawal ke 2. Aliran trafik lancar, cuaca baik sekitar Pusat Bandar. Teruskan tradisi ziarah raya bersama keluarga tercinta ke rumah terbuka dan jangan lupa untuk luangkan masa untuk berehat sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya.
INFO TRAFIK 21.3.2026 6.13 PM

Aliran trafik masih terkawal, cuaca mendung dan hujan gerimis di beberapa lokasi sekitar Pusat Bandar.
INFO TRAFIK 21.3.2026 4.16 PM

Aliran trafik masih terkawal, cuaca baik sekitar Pusat Bandar.
INFO KENDERAAN ROSAK 21.3.2026

Kereta rosak di Jalan Kinabalu susur Bulatan Dato Onn ke Dayabumi. Lorong kiri terhalang. Renjer KLC3 01 menghala ke lokasi.
INFO TRAFIK 21.3.2026 7.58 AM

Aliran trafik masih terkawal. Wargakota menunaikan Solat Raya di Masjid sekitar Pusat Bandar.
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1447H / 2026

Syawal menjelma, membawa sinar kemenangan selepas sebulan menunaikan ibadah di bulan Ramadan. Semoga Aidilfitri kali ini mengeratkan silaturahim, menyemai kasih sayang serta memperkukuh semangat kebersamaan dalam membina sebuah bandar raya yang harmoni dan sejahtera. Hati-hati di jalan raya, raikan dengan penuh kesederhanaan dan kegembiraan bersama insan tersayang. Dalam suasana penuh keberkatan ini, kami mengucapkan Selamat […]
INFO TRAFIK 20.3.2026 6.52 PM

Aliran trafik perlahan sekitar Jalan Tun Perak, Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Masjid India.
INFO KEMALANGAN 20.3.2026 JALAN PAHANG 8.30 AM

Kemalangan MPV terbabas di Jalan Pahang berhampiran SJKC Chung Hwa menghala ke Jalan Genting Klang. Lorong kanan terhalang. Polis Trafik di lokasi.
MAKLUMAN PENUTUPAN SEMENTARA JALAN SUSUR DI BULATAN PUDU 24.3.2026 HINGGA 28.4.2026

Penutupan sementara jalan susur di Bulatan Pudu menghala ke Jalan Sungai Besi (bersebelahan Balai Polis Pudu). Susur dari Jalan Pudu ke Jalan Yew akan ditutup kepada semua kenderaan mulai 24 Mac hingga 28 April 2026, dari jam 10.00 malam hingga 5.00 pagi setiap hari.
MAKLUMAN PENAMBAHAN LALUAN GOKL 11 (MRT MALURI – BANDAR TUN RAZAK)

AKSES LEBIH MUDAH KE HOSPITAL Laluan GOKL 11 (MRT Maluri – Bandar Tun Razak) kini ditambah hentian baharu di Hospital Rehabilitasi Cheras bermula 1 April 2026.