INFO KENDERAAN ROSAK 24.3.2026 5.19 PM

Kereta rosak di Jalan Istana susur Plaza Tol Loke Yew dari Istana Lama. Lorong kanan terhalang. Aliran trafik masih terkawal di lokasi.
INFO KENDERAAN ROSAK JALAN CHERAS 24.3.2026

Sebuah lori rosak (tayar pecah) di Jalan Cheras Ekomall menghala ke Bulatan Billion. Lorong kiri terhalang. Polis Trafik di lokasi.
INFO TRAFIK 12.50 PM

Aliran trafik masih terkawal, cuaca baik di sekitar Pusat Bandar.
INFO TRAFIK 24.3.2026 8.33 AM

Aliran trafik masih terkawal, cuaca baik sekitar Pusat Bandar.
INFO TRAFIK 23.3.2026

Selamat pagi dan Salam Sejahtera. Aliran trafik lancar, cuaca baik di keseluruhan Pusat Bandar. “Bila mentari Syawal menyinar lembut di pagi lebaran, hati tersentuh mengenang insan-insan yang jauh di mata namun dekat di jiwa. Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin”.
INFO TRAFIK 22.3.2026 5.54 PM

Aliran trafik masih terkawal, cuaca mendung dan hujan gerimis di beberapa lokasi sekitar Pusat Bandar.
INFO TRAFIK 22.3.2026 3.49 PM

Aliran trafik baik dan terkawal, cuaca cerah di keseluruhan Pusat Bandar.
INFO KEMALANGAN 22.3.2026 11.30 AM

Sebuah kereta terbalik di Jalan Hang Tuah susur Ramp Dewan Bahasa menghala ke Jalan Maharajalela. Lorong kiri terhalang.
INFO KERJA SELENGGARA JALAN MAHARAJALELA 22.3.2026

Penutupan di Jalan Maharajalela selepas susur Dewan Bahasa Pustaka arah Jalan Loke Yew. Trafik dilencongkan ke susur Dewan Bahasa / Jalan Hang Tuah untuk ke Jalan Loke Yew. Aliran trafik sesak di lokasi lencongan.
INFO TRAFIK 22.3.2026 7.05 AM

Selamat pagi dan Salam Syawal ke 2. Aliran trafik lancar, cuaca baik sekitar Pusat Bandar. Teruskan tradisi ziarah raya bersama keluarga tercinta ke rumah terbuka dan jangan lupa untuk luangkan masa untuk berehat sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya.