INFO KEMALANGAN: 19/04/2026 04.25PM JALAN TUN RAZAK

Kemalangan 2 buah kenderaan di lokasi Hadapan Menara TH Selborn dari arah Bulatan Pahang, lorong kanan terhalang, aliran trafik perlahan di lokasi, Anggota Bomba di lokasi memberikan bantuan.
INFO TRAFIK: 19/04/2026 02.15PM

Aliran trafik tinggi menghala ke Pusat Bandar, Cuaca mendung dan Hujan di sekitar Pusat Bandar.
Untuk Makluman 19/4/2026 10:29AM

Untuk makluman : Penutupan penuh seperti biasa di Jalan Tuanku Abdul Rahman/Esfahan setiap hari ahad bermula dari pukul 9 pagi sehingga 12 malam .
INFO TRAFIK: 19/04/2026 07.30AM

Aliran trafik lancar dan terkawal, cuaca baik sekitar Pusat Bandar.
ACARA KL CAR FREE MORNING 19/04/2026 07:06AM

Selamat pagi dan Salam Perpaduan. Kawalan serta persiapan Warden Trafik dan Polis Trafik di sekitar lokasi KL Car Free Morning yang akan bermula pada pukul 7 pagi di Dataran DBKL, Jalan Raja Laut.
INFO POKOK TUMBANG JALAN MERAH CAGAR 18.4.2026 4.37 PM

Pokok tumbang di Jalan Merah Cagar ke TPM / Sri Petaling. 2 lorong kiri terhalang. Aliran trafik sesak di lokasi. Mohon bantuan team UNIT Kecemasan DBKL.
INFO KEMALANGAN JALAN KUCHING 18.4.2026 2.56 PM

Sebuah lori terbalik di Jalan Kuching sebelum Bulatan Segambut ke Bulatan Kepong. Lorong kanan terhalang. Mohon bantuan team UNIT Kecemasan DBKL ke lokasi. Renjer KLC3 02 dalam perjalanan ke lokasi.
INFO TRAFIK 18.4.2026 10.59 AM

Aliran trafik perlahan, cuaca baik sekitar Pusat Bandar.
INFO TRAFIK 18.4.2026 6.29 AM

Selamat pagi dan Salam Perpaduan. Aliran trafik masih lancar, cuaca baik sekitar Pusat Bandar. Selenggara kenderaan anda sebelum memulakan perjalanan. Kekal selamat.
INFO KEMALANGAN: 17/04/2026 07.00PM JALAN DAMANSARA

Kemalangan motorsikal dan kereta di lokasi selepas susur Terowong Duta menghala ke Muzium Negara, lorong kanan terhalang, aliran trafik perlahan di lokasi.