INFO TRAFIK 24/12/2025 6.32 AM

Selamat pagi dan Salam Perpaduan. Aliran trafik masih lancar, cuaca baik sekitar Pusat Bandar. Berhati-hati ketika memandu.

INFO TRAFIK 23/12/25 10.52PM

Jln Tuanku Abdul Halim. Kerja-kerja selenggara berhampiran susur Semantan arah ke Jln Damansara. 2 lorong kanan ditutup sementara, trafik perlahan. Jln Tun Razak: Kerja-kerja selenggara berhampiran Stesen Monorail Titiwangsa arah ke Bulatan Pahang. Jejambat di atas Bulatan Pahang ditutup sepenuhnya, trafik perlahan. Jln Sg Besi: Kerja-kerja selenggara selepas selekoh dari Jln Istana arah ke selatan. […]

INFO TRAFIK 23/12/25 4.02PM

Laluan larangan Untuk Belok ke Kanan Sepanjang Jalan Ampang bermula dari susur Jalan Ru sehingga ke Persimpangan Jalan Tun Razak . Laluan Kontra Khas Bas sedang beroperasi. Sila patuhi arahan lalulintas di lokasi.

INFO TRAFIK 23/12/25 4.02PM

Laluan kontra (petang) susur masuk di Jalan Loke Yew menghala ke Kajang (Grandsaga) sedang beroperasi. Sila patuhi arahan lalulintas di lokasi.