INFO TRAFIK 4.2.2026 6.32 AM

Selamat pagi dan Salam Perpaduan. Aliran trafik mulai sibuk, cuaca baik sekitar Pusat Bandar. Berhati-hati ketika memandu.

Untuk makluman semua. Acara pada minggu ini

1. *Pelancaran Musim MotoGP 2026* Tarikh : 6 Februari 2026 (Jumaat) Hingga 7 Februari 2026 (Sabtu) Hari Acara i). Penutupan Penuh Jalan Ampang (Inbound/outbound) daripada Persimpangan Jalan P. Ramlee/ Yap Kwan Seng Hingga Persimpangan Jalan Mayang il) Penutupan Penuh Jalan P.Ramlee (Sebelah Menara KLCC) daripada Persimpangan Jalan Ampang ke Persimpangan Jalan Pinang Tarikh : 7 […]

INFO PAIP PECAH 7.38 AM 3.2.2026 JALAN COCHRANE

Paip pecah di Jalan Cochrane / Jalan Permaisuri berhampiran Kompleks Kediaman Kakitangan Awam. Polis Bantuan dan Renjer KLC3 01/04 di lokasi. Jalan mendap di lokasi menyebabkan sebuah kereta terbenam di dalam lubang tersebut.